Sunday, August 7, 2011

Aku & Ramadhan

Indahnya Bulan ramadhan... Bulan penuh keberkatan.. berbeza dengan Ramadhan ketika sekolah rendah, menengah, di Universiti n masa bekerja.....

sekolah rendah: x pose penuh sgt.. hu3 budak2 kn puasa2 yang2 yok. siang2 bukak periuk @ puasa 1/2 day... tp 2 mse sekolah till darjah 3.. 4, 5, 6 da start improve da...

Sekolah menengah : Duk ngan kwn2.. dok ostel la katakan... best sgt2.. ntah kenapa terasa keseronokan berpuasa... terasa mcm betol2 menikmatinya keindahan berpuasa.. Tp pernah gak ponteng.. bila da ad yg menghasut.. hu4

kat universiti: Nie lg best.. ntah la kat Uni nie kita rasa lain, teringt sgt2 kenangan2 bersama2 kawan2 time berbuka....

Bekerja : x best sgt.. semua kn wat sndri. modal la apa la.. kwn2 pon jrg nak jumpa.. so kdg2 sorg2 je...rse keseronokan berpuasa...

Kepada semua rakan2.. saya rindu zaman bersama2 kamoo bila ramadhan....

Sunday, March 6, 2011

takkAn JAwa Hilang d dunia

terBaca Kosmo yg bertarikh 7/3/2011 yang mne tajuknya "Budaya Jawa kian dilupakan" bkn d lupakan cuma xdpt liputan yg meluas. kami d kampung2 jawa msh mengamalkan tradisi mgkn yg berlaku "budaya jawa kian di lupakan" itu adlah dikawasan bandar yg mne masyarakat d situ semakin "modern"... tetapi kami disini masih mengekalkanyer. seperti kenduri kendarat, cukur jambul... mgkn sesetgh pihak menganggap ia kolot, asalkan tidak bertentangan agama, x de mslh kan....2 baru skit, byk lg yg sebenarnye ttg org jawa nie. bahasa pengantara sye d rumah adalah bhs jawe, all my family member pon ngomong jowo... rse bangga yg bangsa Jawa msh segar d family saya... Tp aku tetap anak malaysia. cuma susur galur dari orang jawa.. nasi ambeng, tempe tumis n mcm2 lg... Bila kita x lupa ngan asal usul kita, kita akan sentiasa ingt kita adalah d antara bangsa terhebat d muka bumi....

diantara ayat2 yg familiar

Lari = Melayu (jawa)
Makan= Mangan
Minum = ngombek
jom = yok
singgah = mampir
dah =wes
mohon maaf = ngapuro sing akeh2
pening = mumet
lapar = ngeleh
kawan = batir
saudara = sedolor

hu5 klu nak tau lg sila komen...../arek meneng, mengko nulis yo nang komen ku.....


Tuesday, February 22, 2011

rahsia huruf pertama nama

Pemilihan huruf pertama pada nama juga adalah penting. Berikut sebagai sedikit panduan.

A
Ramah dan murah senyuman. Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan selain bijaksana dan cerdas. Kelemahannya, sangat mudah berasa hati, dan mudah mengeluarkan kata-kata pedas ketika meluahkan perasaan marah. Meskipun begitu marahnya mudah reda.

B
Selalu tenang dalam menghadapi masalah yang rumit dan membahayakan dirinya adalah ciri penampilannya. Mereka juga sangat setia dan penyabar, yang menjadikannya amat disenangi dalam pergaulan. Kelemahannya, sangat mudah tersinggung.

C
Ramah dan pandai berbicara. Ini yang menjadikannya popular di kalangan rakan-rakan. Mereka tidak bersungguh dalam bertindak dan selalu menganggap masalah yang dihadapi adalah remeh.

D
Pendiam, bercakap hanya bila perlu. Sopan, berdisiplin dan kuat bekerja. Kelebihannya itulah yang menghasilkan kejayaan dalam mencapai cita-cita. Kelemahannya adalah selalu bimbang dan sukar mempercayai orang lain.

E
Pandai dan penuh pertimbangan dalam menjalankan tanggung jawab. Sikapnya periang bila hatinya senang, tetapi suka berdiam diri apabila hatinya gundah dan boleh membuatkan hati orang lain terluka.

F
Punya pendirian yang teguh, tidak mudah goyah dan keras kepala. Mereka juga sukar memaafkan. Tidak setia dan amat berhati-hati bila berbelanja.

G
Kerap murung dan bersedih hati. Pendiriannya mudah dipengaruhi. Tekun belajar ketika rakannya bermalas-malasan dan sebaliknya suka bermalas-malasan ketika rakannya sedang tekun.

H
Mudah simpati, bahasanya lemah-lembut. Tidak pernah melukai perasaan orang lain. Selalu tergesa-gesa dalam melakukan pekerjaan, suka berkhayal dan bercita-cita terlalu tinggi.

I
Suka memendam perasaan dan permasalahan. Mereka juga mudah merasa curiga dan cemburu terhadap orang lain. Suka menangis.

J
Ramah dan murah senyuman. Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan. Mudah merasa ragu dalam membuat keputusan dan tidak tegas.

K
Pandai berjenaka. Hari-harinya sentiasa ceria walaupun perasaannya gundah. Kelemahannya suka bercerita rahsia sendiri.

L
Ramah dan pandai bergaul dan mempunyai ramai kawan. Tidak suka bergosip dan mencampuri urusan orang lain. Amat berhati-hati bila berbelanja. Kelemahannya, tidak menepati masa.

M
Pandai dan kreatif, suka kelembutan dan jika dikongkong, mereka akan berontak. Senang dijadikan sahabat, kerana mereka tidak berkira. Kelemahannya, boros dan keras kepala.

N
Baik hati dan rapi dalam berpakaian.. Mereka suka menghulurkan tangan menolong orang lain tanpa memikirkan balasan. Kelemahannya, mudah bersedih hati dan kurang percaya diri

O
Serba boleh. Suka memendam perasaan dan permasalahan serta sukar mempercayai orang lain. Akibatnya ramai yang menggapnya sombong dan suka memilih teman.

P
Pandai berjenaka dan selalu ceria. Punya banyak idea dan sangat kreatif. Sering melakukan sesuatu yang belum dilakukan orang lain.. Agak pendendam dan boros.

Q
Setia dan mudah memaafkan orang lain. Suka meluangkan waktunya untuk kawan-kawan. Keras kepala, sukar diatur dan mudah emosi.

R
Pendiam dan bercakap hanya bila perlu. Tekun dengan kerja yang disukai dan bersungguh-sungguh dalam mengejar cita-cita. Suka mengkritik. Dan sukar mengawal bicara ketika marah.

S
Pandai dan tekun dalam mengejar cita-cita. Tidak suka pada orang yang suka memungkiri janji. Kelemahannya mudah tersinggung selain sukar menahan emosi. Jika sudah emosi marahnya meledak-ledak.

T
Sangat berdisiplin. Selalu mengerjakan sesuatu menurut aturan buku. Tidak suka mengelamun atau bermalas-malasan. Suka menonjolkan diri selain senang gugup, terutama bila bersalah.

U
Suka berterus-terang dan menyendiri. Naif baginya merugikan orang lain. Tidak tahan dengan kritikan dan kurang pandai menyusun kata-kata jika berbicara didepan orang ramai.

V
Tutur katanya lembut dan pemalu. Pandai meyesuiakan diri. Selain itu, mereka juga pandai menguasai orang disekitarnya dengan cerita-cerita yang memikat. Tidak suka berterus terang.

W
Ramah dan mudah simpati. Sikapnya amat menawan. Punya toleransi yang tinggi dan ringan tangan. Keras kepala dan sukar diatur, tetapi hatinya boleh dilembutkan dengan kesabaran dan kelembutan.

X
Budi pekertinya halus. Suka melakukan pekerjaan sosial. Mudah tersinggung dan tidak akan berbaik dengan mereka yang menyinggungnya.

Y
Pendiam dan tidak suka menonjolkan diri. Ramai menganggapnya sombong walaupun sebenarnya mereka adalah sahabat yang baik. Tidak berani mengemukakan pendapat.

Z
Pandai berjenaka dan menyesuaikan diri dalam pergaulan. Suka disapa terlebih dulu dan gemar menonjolkan diri.

sumber dr (http://istimewa2u.blogspot.com/2008/04/rahsia-huruf-pertama-nama-anda.html)
kasih syg ibu n bapa

tersentak dgn tangisan ibu mggu ini.. rse sedih dhati bila ibu menangis... seakan bertekad xmau melihat ibu menangis lg... teringat mse kecil2 ibu la plg syg dekat aku... aku slalu d beri kasih yg lebih.. aku suka akan perasaan itu, sehingga dewasa pn ibu masih menyayangi lebih terhadap aku... tetapi kenapa ibu menangis.. apa yg ibu fikirkn?? adakah salahku?? aku x pernah berkasar pada ibu!! tidak tenang aku rsenye melihat ibu... sejak aku bekerja, aku jrg luahkan mse bersama ibuku.. blk kerja sahaja aku akan lepak d bilik.. hjg mggu pn begitu, aku akan klua bersama3 ngan rakan2... sehinggalh pada 1 hari ibu bersuara.. ibu luahkan pada aku.. aku menangis bersama ibu... ya Allah ampunilah ibuku, ibu yg byk berkorban utkku, kau berikanlah kekuatan agar ibu aku kuat mengharungi semua dugaan yang kau berikan.... aku berjanji akan membantu ibuku.. sabarlah ibu pasti tuhan berkehendakkan sesuatu, dia akan memblsnye lebih dari itu....

salahkah jika ibu dodoikan
tidurkan anak di atas pangkuan
salah dan silap hamba lakukan
ampun maaf hamba pohonkan

badang kuat bertubuh sasa
mencabar dia eloklah berjaga
tersilap kata tersasar bahasa
kesalahan hamba maafkan juga

bulan mengambang bintang berkelipan
pungguk merindu amat merawan
andai menyinggung juga melukakan
kupohon maaf darimu kawan

cekap bersenjata datuk panglima
gagah, berani juga perkasa
andai dikau tak dapat menerima
mohon dimaafkan segala dosa

di tepi sungai berenang-renang
tebarkan jala tangkap gelama
jangan disebut jangan dikenang
lupakan sahaja sengketa lama

puteri bersiram tepi perigi
mencedok air berhati-hati
izinkan hamba berlalu pergi
jangan ada dendam di hati

hasil nukilan (http://istimewa2u.blogspot.com/2007/05/pantun-maaf.html)

Sunday, January 16, 2011

Saya Suka Ngan enVironment keje


21/01/11 - genapla usia praktikal aku.. selama hampir 2 bln menimpa ilmu d tempat org, aku rse seronok ngan environment keje.... fun "giler" kot, pas 2 dpt berkenln ngan semua staff2 d library nie... diorg sporting... klu ad peluang nak je aku bekerja ngan diorg... disini byk mengajar aku akan realiti hdup yg penuh mencbr samaada d semua peringkat pengurusan.... kdg3 setiap ilmu yg d curahkan walaupon sedikit akn berguna dmse hadapan kelak.... bg aku aku rela mula dr bwh, walaupn akan memiliki segulung ijzah x semestinyer kite tau semua benda, jgn sombg utk belajar even itu bkn level kite utk lakukn kerja i 2.... lg2 d sektor swasta, kita kita kn tau semua benda tu... n apa yg aku pgg selama ini " JGN BERKIRA DLM MELAKUKAN SESUATU" k.. salam

Monday, November 8, 2010

keEp on listening the Same Songz

"for the Rest of My life" by Maher Zain
"Kasihku Abadi by in-team"
"Jangan Ada benci by Casey"

and


ntah sbb pew aku seakan3 gila ngan 3 buah lagu nie... aku sendri pown x tau knp... adakah akn liriknyer yg seakan3 memahami n terkena pada kisah hidupku.... aku redha, aku cuba mencari jln penyelesaian akan tetapi seakan lirik lagu shahir "setiap perbincangan menjadi perbalahan". aku sendri pown tidak atahu kan titik noktah atas kehidupan ku. jika ini kehenDakNYA.. aku redha, aku percaya akan Ader hikmahnyer. kepada seseorg yg amat aku cintai, harap kamu berbahagia ngan org yg lebih baik dr ku......."sakit badan neyhh kn tembak ngan painball" lalalalalala

Wednesday, October 20, 2010

terIma kasih pada Rakan3


1stly Nak ucap terIma kasih Kat Parent aKu yg byk berKorban ats aPer yg Aku slalu Ingin Lakukan... ke-2 Kat Rakan2 Bilik..ke-3 rakan3 yg akU sgt Rapat..ke-4 kepada Rakan2 SMF pengurusan Maklumat sesi 10/11 ke-5 rakan2 MPP.... kerana slalu bantu dan beri dorgn terhadap apaer yg aku slalu lakukan n beri kerjasama... sehingga la 1 perhargaan d berikan pada aku.. mgkn nmpk biasa tp penuh bermakna bg aku.... thanx korg..... jasamu ku keng.. huuuuuuuuuhuhu